Laungan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar’ terus bergema di perhimpunan berkenaan sebaik sahaja ketibaan Ketua Umum PKR itu pada pukul 9.40 malam.

Ketibaan Anwar diiringi oleh isterinya juga bakal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Turut mengiringi Anwar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Terdahulu, penyokong Anwar yang mula berkumpul sejak pukul 5.30 petang turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih bagi meraikan kedatangan Ramadan yang disambut esok.

Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun ekoran meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari dibebaskan pagi tadi selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. - K! ONLINE