Ia adalah langkah yang lebih mudah untuk menyebarkan kesedaran dan penerangan mengenai bahayanya amalam tersebut dan bukannya bermusuh dengan mana-mana pihak.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman, berkata, pihaknya amat menyambut baik gerakan kempen kesedaran yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan atau mana-mana pihak khususnya di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya berharap agar golongan LGBT tidak menuntut apa apa hak kerana perbuatan itu mampu merosakan peradaban sebagai seorang manusia.

“Kita bukan hendak bermusuh dengan sesiapa tetapi hanya hendak bagitahu ia dilarang oleh Allah, sesiapa yang terbabit dengan kegiatan itu hendaklah menghentikannya.

“Kita juga meminta mereka menghentikan segala tuntutan kerana kegiatan itu (LGBT) adalah salah di sisi agama dan dikutuk oleh Allah sejak zaman Nabi Luth sehingga menurunkan bala di kawasan masyarakat yang mengamalkannya di Sodom,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen kesedaran bahaya LGBT dianjurkan Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah)  di Dataran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini. - K! ONLINE