Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, aset-aset itu digerakkan di sekitar negeri Selangor dan Perak dalam meninjau terlebih dahulu kedudukan awan yang sesuai bagi proses tersebut. 

"Jika kita buat di padang pasir yang tiada awan, langsung tidak menjadi juga. 

"Justeru, kita ikhtiar pelbagai cara (cari awan yang sesuai). Jerebu ini bukan disebabkan kebakaran di negara ini sebaliknya apa yang berlaku di Sumatera, Indonesia" katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kawasan kebakaran tanah gambut di Johan Setia, Jalan Kebun di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman.

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 4 petang hari ini hanya dua buah daerah di negara ini mencatatkan bacaan IPU tidak sihat. 

Kedua-dua daerah itu adalah Banting dan Johan Setia di Selangor dengan masing-masing 106 dan 117. 

Dalam perkembangan berlainan, Azmi menjelaskan sebanyak 545 kes kebakaran terbuka dilaporkan di seluruh negeri Selangor pada bulan ini sahaja. 

"Untuk kebakaran di Johan Setia ini, sektor keluasan kebakaran telah berjaya dikurangkan kepada 8 hektar (ha) daripada 24 ha keseluruhannya," jelasnya. - K! ONLINE