Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya sedang meneliti untuk menambah satu atau dua lorong di lebuh raya yang sesak sebelum mengusulkannya kepada kerajaan.

"Perkara ini perlu dilakukan kerana populasi (penduduk) meningkat selain mengurangkan kesesakan. Beberapa lokasi dikenal pasti, antaranya dari Johor Bahru hingga Ayer Hitam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018, di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan usaha berkenaan termasuk sistem kereta api yang lengkap pada masa akan datang, rakyat dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan bermutu. - Bernama