Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, penggantungan tugas itu selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Menurutnya, badan siasatan itu turut menyarankan satu laporan dibuat kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk menyiasat ketua jabatan tersebut berhubung salah laku profesional berdasarkan peruntukan dalam Akta Perubatan 1971.

“Siasatan mendapati ada asas yang mencukupi untuk KKM mengambil tindakan lanjut terhadap ketua jabatan itu.

"KKM disarankan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menggantung ketua jabatan itu bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya di sini hari ini.

ketua jabatan pemangsa seks
Penggantungan ketua jabatan tersebut seiring dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993. - Gambar hiasan

 

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan sebanyak 38 Pegawai Perubatan Siswazah yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang tampil membuat laporan kepada Badan Siasatan Bebas berhubung kejadian itu. - K! ONLINE