Keputusan China mengharamkan import sisa plastik tahun lalu menyebabkan kitar semula global menjadi huru-hara dan menyebabkan negara-negara membangun bergelut mencari negara lain bagi menghantar sampah mereka.

Puluhan kontena sampah yang ditemui semalam di bandar pelabuhan Sihanoukville akan dihantar semula ke tempat asalnya, kata jurucakap Kementerian Alam Sekitar Kemboja, Neth Pheaktra kepada agensi berita AFP.

“Kemboja bukan tong sampah untuk teknologi ketinggalan zaman,” tambahnya.

Katanya, 70 kontena penuh dengan sisa plastik dihantar dari AS manakala 13 lagi dari Kanada.

Beberapa keping gambar pegawai memeriksa kontena yang dipenuhi karung plastik menjengkelkan pengguna media sosial Kemboja. 

Penghantaran sampah adalah satu penghinaan serius, kata Pengarah Eksekutif Transparency International Kemboja, Preap Kol menerusi status di laman Facebook.

Kuantiti sampah berskala besar semakin meningkat di pantai-pantai Asia Tenggara dan tentangan untuk menguruskan sampah eksport terus berkembang di rantau itu. - AFP