Mayat itu dijumpai kira-kira 2 kilometer dari resort tempat remaja itu hilang iaitu berdekatan Gunung Berembun dekat Pantai Hills. 

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayat wanita berkulit putih itu. 

"Forensik dan pathologi sekarang berada di kawasan penemuan mayat itu bagi mengesahkan  identiti mangsa," jelaskan ketika dihubungi sebentar tadi. 

Beliau memberitahu, pasukan SAR menerima panggilan penemuan mayat dari orang awam sekitar 1 petang dan pihak polis bergegas ke tempat kejadian.

Nora Anne dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill dekat sini pada pagi 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibunya, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya.

Semasa kejadian, mangsa tidur dalam bilik bersama Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum adiknya mendapati gadis tersebut sudah tiada kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa bersama ahli keluarganya tiba di resort berkenaan pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu. - K! ONLINE