Dalam kejadian pada  5 petang itu  Norfifi Alisha Natalia Afidan Shah, 12,  dan Mohammad Affiq Afnan Abdur Razzaq , 9, menghadapi masalah ketika sedang mandi dan kelibat mereka tidak kelihatan beberapa minit kemudian manakala lima lagi sempat menyelamatkan diri.

Mereka terdiri daripada adik Norfifi - Mohd Danish Ashraf, 10, serta empat rakannya yang lain iaitu Rizman Ismail, 13;  Ghismawi Ismail, 9; Muaz Ibrahim, 9; dan Mohd Danish Omar, 10.

Komander  Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Nazaruddin Yusof berkata mayat Norfifi dijumpai berhampiran tempat kejadian pada 6.25 petang oleh anggota  bomba  manakala usaha mencari seorang lagi mangsa masih dijalankan oleh  sepasukan 10 anggota bomba.

Keluarga  mangsa juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu, katanya. - Bernama