Bapa Allahyarham, Ismail Abdul Raffar, 62,  berkata, hanya itu yang mampu diucapkan beliau sekeluarga.

"Saya hanya mampu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang amat mengambil berat tentangnya.

"Terima kasih juga kepada Kementerian Luar atas pertolongan, malah (Menteri Luar) Datuk Saifuddin Abdullah sendiri menghubungi saya untuk bertanya khabar dan bertanya apa sahaja yang diperlukan oleh keluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan di sini hari ini.

Jenazah anaknya tiba di Masjid Ar Rahimah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

Selepas disolatkan, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Muda, Sentul untuk dikebumikan.

Allahyarham Siti Nur Iesmawida, 30, dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi bermagnitud  6.4 pada  skala Richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada puku 5.47 pagi Ahad lalu.

Allahyarham dalam program mendaki  Gunung Rinjani di Lombok Timur bersama-sama 17 warga Malaysia yang lain. - Bernama