Setiausaha Kanan kepada ADUN Seri Setia, Zafrullah Aris berkata, sebaliknya keluarga Shaharuddin memaklumkan beliau kini sedang berehat setelah menjalani rawatan berhubung masalah kesihatannya.

Katanya, berdasarkan nasihat doktor, Shaharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan akan bercuti dan berehat selama sebulan sebelum kembali bertugas semula.

"Prof. Dr. Shaharuddin telah memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari mengenai perkara itu (bercuti).

"Oleh itu, pihak keluarga berharap agar orang ramai dapat menghentikan spekulasi dan khabar angin mengenai Prof. Shaharuddin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zafrullah dalam pada itu berharap agar semua pihak dapat mendoakan ADUN Seri Setia berkenaan kembali sihat dan dapat bertugas semula.

"Saya juga berharap agar semua pihak dapat menghormati permintaan keluarga ADUN berkenaan supaya memberikan ruang beliau berehat," ujarnya.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan Shaharuddin kini sedang tenat dan menderita sakit kanser kolon. - K! ONLINE