Zuhainun Salim, 54, ibu kepada Allahyarham Mohamad Haziq Ishak,17, berkata, dia dan suami, Ishak Abdul,56, sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan itu selepas ini.

"Saudara-mara mencadangkan kepada kami supaya mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian tersebut telah meragut dua nyawa termasuk anak kesayangan saya.

"Bagi saya, ia bukanlah satu kemalangan tetapi kecuaian manusia yang saya kira ia berlaku disebabkan oleh banyak punca," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya lagi, dia dan suami mahu menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Noor Hanapiah, 53, datuk saudara kepada Allahyarham Muhammad Haikal Hakimi Mohd. Noor, 17, berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sama. - K! ONLINE