Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pokok kelapa matag mengeluarkan hasil kira-kira dua tahun enam bulan selepas ditanam.

"Bekalan pokok matag akan diberikan secara berperingkat kepada petani dan rakyat di Parlimen Arau secara khususnya.

"Kelapa matag mampu menghasilkan 25,000 biji sehektar setahun sekaligus membolehkan pengusahanya memperoleh pendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

"Ini mampu memberikan manfaat besar kepada golongan petani di negeri ini," katanya di Pusat Khidmat Barisan Nasional ( BN) Kubang Gajah di sini hari ini.

Shahidan berkata sedemikian pada Majlis Penyerahan Sumber Kekayaan Baru Kelapa oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini. - K! ONLINE