Menurut laporan, setakat ini empat mayat wanita ditemui lemas manakala seramai 19 penumpang telah ditemui selamat.

Berdasarkan laporan media Indonesia, terdapat pelbagai versi berhubung jumlah penumpang yang hilang akibat kejadian itu yang dipercayai berkemungkinan melebihi 100 orang.

Menurut jurucakap polis Daerah Sumatera Utara yang dipetik agensi berita Antara, berdasarkan keterangan dan maklumat daripada aduan keluarga mangsa, kapal kayu KM Sinar Bangun itu berkemungkinan membawa seramai 189 penumpang.

"Belum terdapat data lengkap berhubung jumlah mangsa yang hilang," kata jurucakap itu. - Bernama