Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini. 

"Rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi pihak Kedutaan menerusi emel [email protected]/ [email protected] atau nombor telefon  +62215224947 dan +6281380813036 menerusi aplikasi WhatsApp," tambah kenyataan itu. 

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada sekitar Bali, Indonesia bagi memastikan keselamatan mereka ekoran gempa bumi berkenaan. 

Tambahnya, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan seorang rakyat Malaysia terkorban manakala enam lagi cedera dalam gempa bumi itu.Kesemua mangsa berada di kaki Gunung Rinjani ketika kejadian. - Bernama