Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, jenazah Allahyarham Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, yang kini ditempatkan di Hospital Selong, Timur Lombok akan dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Provinsi NTB di Bandar Mataram sebelum dibawa pulang.

"Proses penghantaran sedang diuruskan ejen yang dilantik manakala kos penghantaran ditanggung syarikat insurans," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pegawai kedutaan Malaysia akan tiba di Lombok esok bagi menyelaras proses itu termasuk membantu rakyat Malaysia lain yang terkandas untuk kembali ke tanah air.

Setakat pukul 4 petang ini, dua kumpulan pelancong rakyat Malaysia (kumpulan yang mendaki Gunung berapi Rinjani di Lombok Timur) telah diberi bantuan sewajarnya oleh pihak berkuasa Indonesia. - Bernama