Beliau berkata, Mahathir yang begitu dipandang tinggi oleh masyarakat Arab sebagai pemimpin yang hebat, merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan pelancong Arab ke Malaysia pada tahun lepas.

Menurutnya, kemasukan pelancong dari negara Arab ke Malaysia pada 2017 adalah kira-kira hampir 27,000 manakala pada 2018, jumlah berkenaan meningkat kepada 33,000 orang dengan jumlah wang yang mereka belanjakan ketika berada di negara ini mencecah RM3.8 bilion.

Beliau berkata, pelancong yang paling banyak berbelanja di Malaysia ialah pelancong dari Arab Saudi diikuti pelancong dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Iran dan dan selepas itu barulah pelancong dari Sweden dan United Kingdom.

"Pelancong dari Arab gemar membeli-belah pakaian dan jam tangan di butik fesyen berjenama, menginap di pelbagai lokasi serta menikmati pelbagai makanan dan minuman ketika berada di negara ini," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan ASEAN di sini hari ini. - Bernama