Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.35 tengah hari dan tiba ke lokasi kejadian kurang lima minit kemudian.

Menurutnya, sebanyak tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Paya Terubong dan Jalan Perak telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati premis yang menjual barangan runcit telah terbakar sebanyak 60 peratus manakala gerai buahan-buahan musnah hanya lima peratus ekoran tindakan pantas pihak bomba.

"Tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut dan pihak bomba sedang menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kebakaran berlaku," katanya di sini sebentar tadi.

Tambah jurucakap itu lagi, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 12.51 tengah hari dan operasi memadamkan api tamat pukul 2.15 petang tadi. - K! ONLINE