Bagaimanapun, pasukan pelawat berjaya mendahului perlawanan menerusi sepakan kencang pemain import, Kpah Sean Sherman selepas mendapat hantaran Beomgeun Bae yang gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Abdul Hadi Abdul Hamid pada minit ke-27.

Skuad MISC-MIFA hampir memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti yang dilakukan Elizeu Araujo De Melo Batista namun berjaya diselamatkan Abdul Hadi pada minit ke-38.

Sepakan penalti itu dihadiahkan selepas Sherman dijatuhkan pertahanan Kedah, Muhamad Norfiqrie Abdul Talib.

Pada minit ke-42, pasukan Helang Merah berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Liridon Krasniqi selepas ketua pasukan, Sandro Da SIlva dijatuhkan Elizeu Araujo.

Pasukan MISC-MIFA sekali lagi mendahului perlawanan selepas mendapat gol kedua menerusi jaringan sendiri Muhamad Syazwan Tajudin ketika cuba menghalang bola sepakan Beomgeun pada minit ke-47.

Pemain Kedah yang tidak patah semangat terus mengatur serangan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil sentuhan Liridon selepas menerima hantaran Mohd. Asri Mardzuki  pada minit ke-59.

Hasrat Kedah untuk memburu kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan C tercapai apabila berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma, Sandro di luar kotak penalti pada minit ke-65. - K! ONLINE