Menurut Wan Azizah,  setiap daripada rakyat Malaysia perlulah sensitif terhadap perasaan orang lain walaupun kebebasan bersuara diamalkan di negara ini.

“Rakyat negara ini mempunyai kebebasan hak untuk bersuara, bagaimanapun perlu ada tatatertib.

“Negara kita juga mempunyai undang-undang Raja Berperlembagaan dan ia harus dihormati oleh semua pihak,” katanya semasa sidang akhbar Program [email protected] Lumpur 2018 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk A. Kadir Jasin sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, berkuat kuasa serta-merta semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli.

Dalam pada itu, kira-kira 10,000 pengunjung hadir memeriahkan program yang dianjurkan dengan kerjasama pihak JKKN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Wan Azizah turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan menasihati agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu di jalan raya. - K! ONLINE