Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohd. Meramit berkata kebakaran kira-kira pukul 6 petang itu dipercayai bermula dari blok kedua kuarters berkenaan sehingga memusnahkan 30 bilik kuarters tersebut.

"Secara keseluruhan kuarters tersebut mempunyai 50 bilik menempatkan 300 pekerja kilang dengan 30 bilik terjejas akibat kebakaran manakala 20 bilik dapat diselamatkan," katanya hari ini.

Mohd. berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana mereka sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama