Beliau berkata, masalah kasut yang dihadapinya ketika melakukan kayuhan pada aksi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasinya sehingga gagal merekodkan catatan masa lebih baik.

Fatehah yang bergandingan dengan Farina Shawati Mohd Adnan sekadar berada di tempat kelima pusingan kelayakan dengan catatan masa 34.826 saat, sekali gus gagal mara ke aksi penentuan pingat acara pecut berpasukan wanita.

"Ya, saya akui kecewa dengan keputusan hari ini kerana kasut saya tercabut daripada pedal sehingga menyebabkan saya bergelut untuk melakukan kayuhan. Bagaimanapun, perkara sudah terjadi dan saya perlu terima dengan hati terbuka.

"Saya tidak mahu fikir banyak mengenai perkara itu sebab mahu fokus terhadap acara seterusnya. Saya harap mampu lakukan catatan masa lebih baik dan mara ke suku akhir," katanya ketika ditemui di Anna Meares Velodrome. - Bernama