Beliau berkata, saranan itu dikemukakan pada pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di sini hari ini.

"Kami mencadangkan agar semua disiplin seni diletakkan di bawah satu badan yang bertanggungjawab yang dapat dipantau dan jalankan pelbagai aktiviti untuk memajukan industri," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Beliau menambah, CEP memberi respons positif mengenai cadangan itu.

Mengenai pertemuan itu, Freddie berkata, mereka membincangkan mengenai industri seni keseluruhannya meliputi teater dan bidang seni lain termasuk penulisan dan seni halus.

"Majlis telah mengambil semua perkara yang dibangkitkan untuk pertimbangan dan berharap akan dapat jawapan positif," kata Fernandez.

Turut mengadakan pertemuan dengan CEP ialah Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia, Mohd. Taufek Razak; Pengerusi Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Fauzi Ayob. - Bernama