Kira-kira 15 kru berada diatas kapal itu dan hanya tiga orang  dilaporkan terselamat ketika kejadian tersebut berlaku.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.50 pagi berhubung kejadian itu.

“Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat dimaklumkan sebuah kapal korek pasir JBB RONG CHANG 8 telah terbalik dan dikuathiri 11 orang kru telah hilang.

“Sehingga kini usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang lain masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Difahamkan kesemua mangsa tersebut dipercayai bukan warga tempatan. - K! ONLINE