Mangsa, Jordan Phang Wen Jie disahkan mati selepas dilaporkan terjatuh ke dalam laut kira-kira pukul 7.30 malam.

Insiden itu berlaku apabila jet ski yang dinaikinya hilang kawalan dipercayai akibat angin kuat lalu melanggar dan bergesel dengan jet ski yang dipandu ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan Anuar Omar berkata, mangsa kemudiannya dibawa oleh ahli keluarga ke pesisiran pantai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan mati oleh pihak hospital yang hadir ke lokasi kejadian. - K! ONLINE