Pegawai Perhubungan Awam dan Dokumentasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Hafizul Samah berkata, mangsa, Sherry Jimbat berjaya ditemui pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh ketika sedang memancing ikan di sungai tersebut bersama kakaknya petang semalam.

"Semasa ditemui, keadaan mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Kampung Semawang untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Hafizul memberitahu, operasi mencari dan menyelamat itu turut disertai oleh pasukan bomba, polis serta penduduk kampung.

"Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi selepas mangsa diserahkan kepada keluarganya," katanya lagi. - K! ONLINE