Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan lemas lebih kurang 24 jam yang lalu.

"Mangsa dijumpai pada 4.30 petang. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi. Operasi ditamatkan pada pukul 5.30 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, Nurul Ain Sajali, 9, dari Kota Masai dekat Pasir Gudang, mengunjungi pantai itu bersama ibu bapa dan anggota keluarga yang lain.

Kehilangannya disedari keluarga pada kira-kira 3 petang yang bertindak melakukan pencarian sendiri sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999. - Bernama