Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd. Bukhari mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Bapa mangsa, Mohd. Bukhari Zainal Annuar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain tidak tahu bagaimana mangsa ditimpa peti sejuk tersebut.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam. Kami tak tahu bagaimana kejadian itu berlaku kerana kami sedar-sedar peti sejuk itu telah tumbang. 

"(Muhammad Fawwaz) bukan dihempap penuh. Mungkin (kepalanya) terkena bucu peti ais itu," katanya dalam nada sedih ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook milik beliau memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.

Kata beliau, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. - K! ONLINE