Sumber memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd. Fairuz menanti ibunya yang merupakan seorang guru di sekolah menengah berkenaan habis bertugas.

Mangsa yang merupakan pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok yang terletak bersebelahan dengan sekolah menengah tempat ibunya bertugas.

"Setibanya di bilik guru berkenaan, mangsa menikmati rambutan namun tiba-tiba tercekik dan dilihat muntah sebelum berada dalam keadaan separuh sedar oleh seorang guru lain," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya dibawa  sebuah klinik kesihatan di Changlun sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Jitra.

Difahamkan jenazah mangsa kemudiannya dibawa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Mohd. Ismail Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dengan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE