Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Abang Ikal Abang Suip,13, dikatakan sedang memancing di tebing sungai tersebut dengan seorang rakannya.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.11 petang.

Katanya, sejurus menerima laporan insiden tersebut, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan tindakan lanjut.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, keadaan sudah gelap dan operasi mencari mangsa akan dilakukan awal pagi esok.

"Bagaimanapun, pos kawalan bomba sudah dibuka di sekitar jeti Kampung  Melayu Dit," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE