Dalam kejadian pukul 7.15 petang itu, Mohd Badrul Amin Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat parah di bahagian kepala.

Difahamkan, mangsa sebelum itu duduk di bahagian balkoni belakang bagi mengambil pakaian di ampaian. 

Bagaimanapun, ampaian tersebut putus mengakibatkan mangsa jatuh ke bawah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata,  bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Rumah Sakit Angkatan Tentera sebelum dirujuk ke Hospital Shah Alam pada jam 8.50 malam.

"Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. - K! ONLINE