Hujan monsun yang melanda di beberapa kem pelarian di sini selepas seminggu kejadian ribut petir dan, angin kencang sekali gus menyebabkan bumbung-bumbung kem berterbangan.

Kanak-kanak malang itu, Adiba Begum meninggal dunia selepas tertimbus tanah runtuh ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah hutan berhampiran kem pelarian Kutupalong.

Dia masuk ke dalam hutan itu untuk mencari kayu api, kata polis.

Dua kanak-kanak yang mengikutnya pula cedera namun telah dibawa untuk mendapatkan rawatan ke hospital  Medecins Sans Frontieres yang terletak berhampiran kem itu.

Beberapa pelarian termasuk kanak-kanak sanggup berjalan beberapa kilometer untuk menyeberangi kawasan berbukit pada setiap hari untuk mencari kayu api. Ia digunakan untuk memasak selepas mereka menerima bantuan bahan mentah daripada kerajaan.

Agensi bantuan memberi amaran bahawa hujan monsun akan menyebabkan lebih banyak kematian di kem berkenaan memandangkan ia mencatatkan rekod hujan tertinggi. - Reuters