Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, Mejar Mohd. Rohaidi Halim berkata, kejadian banjir kilat itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.

"Sebanyak empat buah rumah dinaiki air, namun banjir surut pada 6 petang tadi," katanya.

Sementara itu, salah seorang penduduk kampung tersebut, Mohd. Nor Abdul Raub, 82, berkata, kejadian yang berlaku itu menenggelamkan jalan sedalam dua kaki.

"Air yang naik macam air laut, dalam dan sangat deras ketika itu, perasaan jadi takut," katanya. - Bernama