Perkampungan tersebut mula ditenggelami air bah sedalam kira-kira 0.5 meter sejak pukul 10 pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sebuah pusat pemindahan sementara telah dibuka di Surau Kampung Besol Lama bermula pukul 1.30 tengah hari.

"Setakat ini, 31 penduduk daripada lapan keluarga telah berpindah masuk ke pusat pemindahan sementara itu.

"Banjir disebabkan oleh limpahan Sungai Besol di sini akibat hujan lebat yang berlarutan sejak semalam (kelmarin)," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE