Itulah luahan anak kepada salah seorang mangsa yang dikenal pasti sebagai Jeleha Hashim, 48, yang dikhuatiri lemas ketika sedang memancing di Sungai Gasi di sini semalam.

Anak mangsa, Badrul Baharin Syamsul Azhar, 21, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan ibunya adalah pada Ahad lalu.

"Sejak akhir-akhir ini, ibu kerap keluar memancing kerana dia memang minat memancing.

"Ahad lepas merupakan kali terakhir saya berjumpa dengan ibu, itu pun sekali imbas kerana dia berada di dalam kereta," katanya yang ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi. - K! ONLINE