Difahamkan mangsa yang berusia 36 tahun dijumpai oleh bapa saudaranya dalam keadan terlentang sebelum dibawa Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi mengesahkan pertemuan Azmee yang hilang sejak 12 Februari lalu.

Sebelum ini, polis menemui kereta jenis Perodua Alza milik mangsa yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di Jalan Jenderam sebelum di bawa ke Ibu pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

Selain itu, usaha pencarian mangsa turut diperluaskan sekitar 100 kilometer dari kawasan berkenaan selepas isterinya membuat aduan kehilangan Azmee.

Mangsa kali terakhir dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu dengan berpakaian pejabat, baju berwarna gelap dan berseluar kelabu, selain berkaca mata. - K! ONLINE