Mangsa lelaki berusia 47 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira pukul 9.50 malam.

Ketika kejadian berlaku, hujan turun dengan lebat di kawasan berkenaan termasuk di beberapa daerah lain di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Superintendan A.A. Anbalagan berkata, mangsa dikatakan terpelanting hingga ke tepi laut sebaik disambar petir.

"Dua rakan mangsa turut berada di lokasi kejadian dan mereka mendapati lelaki itu sudah tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. - K! ONLINE