Perdana Menteri berkata, ini kerana segala kos bagi urusan berkaitan pemindahan berkenaan perlu ditanggung kerajaan.

Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi berkata, perkara berkenaan bukan mudah untuk diuruskan kerana ia melibatkan penempatan warga asing, justeru, perlu mengambil kira sensitiviti penduduk tempatan.

"Dulu sekali kita dah pindah, kita buat rumah bagi mereka, orang Langkawi kata pendatang dapat rumah, tapi kami tak dapat apa. jadi itu kita kena fikir juga," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Minyak dan Gas Asia 2019 di sini hari ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan bahawa kawasan pinggir pantai Bukit Malut berkenaan dianggarkan mempunyai lebih 800 kediaman dengan jumlah penghuni dianggarkan di antara 5,000 hingga 8,000 orang menetap secara kekal. - Bernama