Beliau berkata, melalui pemantauan rapi jabatan itu, ribut berkenaan yang dijangka melanda negara mulai hari ini,  mungkin tidak berlaku.

"Setakat ini, boleh dikatakan ia bukan lagi ancaman kepada Malaysia dan hampir lenyap," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Alui berkata, keadaan itu disebabkan oleh pergerakan dan intensiti taufan tropika yang sentiasa berubah berdasarkan ketidaktentuan corak atmosfera dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, katanya, hujan dijangka berterusan di beberapa negeri namun tidak lebat. - K! ONLINE