Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkiraan harga zakat fitrah itu adalah berdasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun naik harga.

"Kutipan zakat fitrah tahun ini dianggarkan sebanyak RM5.2 juta yang dikutip daripada 700,000 orang penduduk Islam di negeri ini.

"Pada tahun ini juga, peruntukan agihan zakat kepada fakir miskin telah ditetapkan sama seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM500 seorang (bagi fakir) dan RM450 (bagi miskin)," katanya sebentar tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Pentaulihan Amil Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang 2019 di Dewan Milenium, di Kepala Batas sini.

Dalam pada itu, Abdul Malik berkata, MAINPP telah melantik seramai 1,677 orang amil untuk memungut zakat fitrah bagi negeri ini. - K! ONLINE