Beliau berkata, MAIK menjangkakan akan dapat, mengutip keseluruhan zakat fitrah pada tahun ini adalah sebanyak RM8.6 juta berbanding RM8.5 juta tahun lepas manakala kutipan zakat harta disasarkan sebanyak RM195 juta berbanding RM182.9 pada tahun lalu.

"MAIK melantik amil yang terdiri daripada imam-imam masjid di setiap mukim negeri Kelantan, pegawai agama di kem-kem tentera, balai-balai polis dan pusat tahanan telah dilantik untuk memungut zakat fitrah bagi pihak  MAIK," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu MAIK mengalu-alukan orang ramai agar membayar zakat itu di kaunter pejabat MAIK di Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini sepanjang Ramadan bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari bekerja dan 8.30 pagi hingga 5 petang bagi Jumaat dan Sabtu.

Mohd Azman berkata, MAIK turut melantik 14 institusi perbankan iaitu Bank Islam Malaysia Bhd, Maybank, RHB, AM Bank, Bank Rakyat, Standard Chartered, Affin Islamic Bank Berhad, Affin Bank, HSBC Bank Berhad, Bank Al Rajhi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, OCBC Al Amin dan Agro Bank sebagai agen kutipan zakat.

Pembayaran boleh dilaksanakan dengan menggunakan perkhidmatan kaunter dan perbankan Internet. - Bernama