Pengerusi Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, keadaan itu menyebabkan paras air Sungai Kerian naik secara mendadak seterusnya mengakibatkan banjir sejak Jumaat lalu.

"Paras air semakin meningkat dan memasuki rumah penduduk dengan paras sehingga 0.7 meter seterusnya memaksa mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini hari ini.

Seramai 38 mangsa daripada sembilan keluarga dari enam kampung kini menghuni PPS di SK Changkat Lobak sejak semalam.

Enam kampung terbabit ialah Kampung Matang Tengah, Kampung Selekoh, Kampung Parit Simpang Empat dan Kampung Parit Simpang 5, Kampung Tebuk Panchur dan Kampung Samagagah. - Bernama