Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan demi memberikan satu lagi pilihan dan kelonggaran kepada industri itu telah dipersetujui kabinet dalam mesyuarat jemaah menteri pada 20 Februari lalu.

Menurutnya, kadar baharu itu membabitkan majikan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan (restoran atau pembersihan), pembinaan, pertanian serta perladangan.

"Majikan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan (restoran atau pembersihan) dan pembinaan kini perlu membayar RM6,000 setahun berbanding RM10,000 untuk levi lanjutan tahunan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

"Kadar levi lanjutan untuk sektor pertanian dan perladangan pula adalah RM2,000 setahun berbanding RM3,500," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Guan Eng berkata, levi sedia ada untuk pembantu rumah dikekalkan tanpa perubahan.

"Untuk pembantu rumah, levi sedia ada yang sama seperti sebelum ini dikekalkan," katanya.

Belanjawan 2019 telah mengesyorkan agar majikan boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan2 pekerja asing yang melebihi 10 tahun untuk tempoh tambahan 3 tahun dengan menanggung pembayaran kadar levi bagi pekerja asing yang ingin dilanjutkan. - K! ONLINE