Melalui pelaksanaan Op Selamat yang dijalankan saban tahun semasa musim perayaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memantau dan memastikan keselamatan lebuh raya di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kadar kemalangan maut menunjukkan penurunan kepada 235 kes pada tahun lalu berbanding tahun 2016 sebanyak 261 kes. Penurunan adalah sebanyak 26 kes atau 10 peratus.

“Bagi kemalangan yang menyebabkan kematian, tahun 2017 mencatatkan kadar kematian sebanyak 257 kes, iaitu penurunan sebanyak 22 kes atau 7.9 peratus berbanding 279 kes pada tahun 2016.

“Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa Op Selamat pada tahun lalu memberikan impak yang berkesan bagi menurunkan kadar kes kemalangan maut dan kematian,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat Siri 12/2018 Sempena Tahun Baru Cina dan Pelancaran Unit Siasatan Lebuhraya. - K! ONLINE