Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM25 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.05 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion untuk 14 hari, serta satu tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA) RM3.5 bilion untuk tujuh hari hingga 21 hari. 

Ia akan turut mengeluarkan dua tender Program Murabahah Komoditi (CMP) bernilai RM300 juta untuk lapan hari dan RM100 juta untuk 21 hari.

Pada pukul 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM22.0 bilion dan tender semalaman Murabahah RM12.1 bilion. - Bernama