Lebihan dalam sistem kewangan susut kepada RM19.81 bilion daripada RM26.91 bilion sebelumnya, manakala sistem Islam susut kepada RM11.03 bilion daripada RM11.84 bilion.

Sebelum itu, BNM menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat berkenaan menawarkan RM19 bilion tender pasaran wang konvensional dan RM10.5 bilion tender pasaran wang Qard, kedua-duanya bagi wang sehari.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM18.4 bilion kepada RM19 bilion.

Purata kadar faedah semalaman berada pada 3.19 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu, tiga minggu masing-masing berada pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. - Bernama