Beliau berkata berita baik untuk menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara yang dinanti-nantikan rakyat akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Tanpa mendedahkan butiran kelulusan itu, Kula Segaran berkata  ia adalah satu berita gembira kepada rakyat Malaysia. 

"Saya bentangkan hari ini dan satu keputusan bersama dicapai di Kabinet hari ini. Ini ada berita positif untuk semua pekerja yang menerima gaji minimum. Sekarang, kita tunggu PM umumkan perkara ini," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas menghadiri Majlis Sambutan Kontinjen Negara yang kembali dari Bangkok selepas menyertai Pertandingan Kemahiran ASEAN,  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini. 

Setakat ini, gaji minimum yang diterima di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM800 hingga RM920, manakala di Semenanjung adalah sebanyak RM1,000 sebulan. - Bernama