Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, nahas tersebut turut menggegarkan bangunan 54 tingkat itu.

Orang ramai dikeluarkan dari bangunan terbabit yang terletak berdekatan dengan lokasi popular Times Square.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan lain dilaporkan.

Juruterbang tersebut dikenalpasti sebagai Tim McCormack dan dia adalah satu-satunya mangsa di dalam helikopter jenis Agusta A109E tersebut. - AFP