Mohd. Hafiz Radzi yang menetap di Alor Setar, Kedah berjaya membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 2008 yang berharga kira-kira RM110,000 tajaan Kumpulan Naza.

"Saya terkejut apabila nombor penyertaan bagi acara 10 kilometer terbuka lelaki diumumkan sebagai nombor cabutan bertuah utama program ini.

"Terkejut, gembira dan tidak sangka akan memenangi sebuah kereta. Sebenarnya, saya berada jauh dari pentas utama kerana tidak mengharapkan apa-apa.

"Penyertaan kali ini juga hasil ajakan rakan-rakan," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini hari ini. - K! ONLINE