Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, jumlah tersebut adalah setakat pukul 8 pagi hari ini.

“Tangkapan tersebut dilakukan di sekitar Lembah Klang dan setakat ini kita belum tahan sesiapa lagi di luar kawasan tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan mereka dalam insiden berkenaan dan sama ada mereka adalah sebahagian daripada 28 individu yang dicari sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan jumlah individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada minggu lalu seramai 83 orang setakat pagi semalam.

Polis juga sedang mengesan seramai 28 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan tersebut. - K! ONLINE