Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Mazlan Mansor berkata, jumlah tangkapan tersebut adalah setakat pukul 8 pagi tadi.

"Sehingga kini siasatan berhubung kejadian berkenaan serta kesemua yang ditahan masih dijalankan.

"Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga masih ditempatkan di lokasi bagi tujuan pemantauan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu insiden rusuhan telah berlaku di perkarangan kuil berkenaan pada awal pagi 26 November lalu sehingga mengakibatkan sebanyak 18 kenderaan dibakar oleh kumpulan perusuh.

Rusuhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan di antara pihak pemaju serta pengurusan kuil berkenaan berhubung pemilikan tapak kuil tersebut.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyatakan bahawa pihaknya telah merakamkan keterangan daripada rakan setugas anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera parah akibat dipukul oleh sekumpulan perusuh di kuil berkenaan.

Muhammad Adib serta ahli pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah diserang oleh kumpulan perusuh di kuil berkenaan ketika tiba untuk memadamkan kebakaran sebuah kereta di lokasi tersebut. - K! ONLINE